TERLERAI SUDAH SEGALANYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Jauh di sudut ini senantiasa berdoa agar Allah lindungi kedua insan tercinta.
Dalam kegawatan pandemik, tidak mengizinkan diri ini pulang menyantuni mereka berdua.

Syukur juga kepada Allah, ayah dan juga mak cik telah pun selesai menerima vaksin Covid-19. Harapannya, semoga sihat sejahtera dan dijauhkan dari perkara yang tidak sepatutnya.

Teruja diri ini, untuk menhadiahkan abah buku tulisan sendiri walau hanya sekadar antologi sahaja. Dengan tajuk besarnya, Legasi Abah turut ada 12 buah tajuk dari 12 orang kumpulan pengkarya.

Lelaki Himpunan Setia itulah tajuk yang mengambarkan susuk keramat pertama dalam hidup ini. Abah yang berpegang teguh pada pendiriannya, seorang yang kreatif, pandai memasak, menguruskan rumah dan bermacam lagi.

Malah abah, yang pada pandangan ini jarang merungut dalam melakukan apa sahaja urusan rumahtangga. 

Menyiapkan penulisan tentang abah, mengamit memori pahit manis satu masa dahulu. Abah yang setia menjada arwah emak biar dirinya sibuk dengan pekerjaan sendiri.

Namun Allah lebih sayangkan arwah emak. 

Sedikit kisah dalam buku Lelaki Himpunan Setia. 
Dan kini buku Legasi Abah terbuka untuk pre-order.

Kenapa hanya pre-order dan tidak beli sahaja di kedai-kedai buku?

Kerana buku Legasi Abah ini hanya boleh diperolehi dari pengkarya-pengkarya Legasi Abah sahaja. Dan sama sekali tiada di mana-mana kedai buku.

Jadi process penerbitan hanya mengikut tempahan sahaja.https://bit.ly/3kjd9mL

Maka bolehlah membuat tempahan dari link yang diberikan sebentar tadi.


Sekian


Comments

Popular Posts