KENAPA AKU PILIH WANGIAN KEHIDUPAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik

Dah 22 hari berada dalam tahun 2020.
Alhamdulilah, rasa bersyukur yang teramat sangat.

Aku masih ingat, waktu sekolah form 5 dulu, aku membayangkan yang tahun 2020 orang dah boleh berulang-alik ke bulan semudah macam aku balik kampung itu, naik bas atau kereta dan sebagainya.
Rupanya itu hanya imaginasi aku yang terlalu tinggi.

Yang ada sekarang ini, pada tahun 2020 dosa dan pahala teramat mudah. Hanya dengan satu klink je, semua mendapat.

Apa pun aku bersyukur atas segala nikmat ini. Ada rumah, kerjaya dan juga anak-anak. Paling penting aku tidaklah rasa diri aku selalu down macam zaman silam aku beberapa tahun yang lepas.

Lagipun dah agak lama sangat.
Aku pun dah hampir lupa. Semua sebab aku terlalu sibuk dengan dunia aku yang tersendiri.

Okeylah.
Straight to the point.
Dah agak lama juga aku tak menukang askara di blog bisnes wangian kehidupan aku ini. Walau pada awalnya aku bukanlah kaki minyak wangi.
Dahulu aku sangat benci bau perfume.
Siap terkena migraine lagi, kalau bau perfume ini.

Tetapi entah macam mana, tiba-tiba aku kuasa hormon aku berubah.
Permulaan taklah suka bau yang terlalu kuat. Cukup sekadar bau yang segar dan juga lembut.

Sejak itulah, aku mula jatuh hati dengan bau perfume ini. Dan yang pasti perfume yang aku pakai ini halal dan tidak nak dibawa terus bersolat. Kira tak rasa was-waslah.

Bermula dari hanya suka bau perfume, entah macam mana aku tergerak hati pulak nak jadikan produk ini sebagai salah satu sumber pendapatan.

Mujurlah waktu itu adik tersayang melamar diri aku untuk temankan dia ke satu seminar.

Dan seminar tersebutlah segala-galanya bermula. Aku mula mengenal dan memahami yang bisnes ini bukanlah satu bisnes yang biasa-biasa. Bukan sekadar cakap-cakap kosong. Dan yang paling penting, setiap produk yang ada dalam perniagaan ini adalah seratus peratus keluaran Malaysia dan ada sijil halal serta telah pun memenangi beberapa pengikhtirafan di peringkat antarabangsa.

Paling penting ada kumpulan sokongan dan piham hq senatiasa menyediakan bahan-bahan marketing untuk semua stokis, agent dan juga dropshipnya.

Yang paling membuatkan hati ini tertarik adalah produk wangian kehidupan Dexandra ini adalah halal dan sah untuk terus dibawa bersolat.

Pendek kata berniaga produk ini tidak perlu merasa takut dan sebagainya kerana dia sudah ada sijil halal dan boleh dipakai tanpa ragu-ragu.

Memandangkan produk wangian Dexandra Eau De Parfum ini dah terkenal di seluruh Malaysia, maka semakin ramai orang yang dah pun tahu latar belakang produk wangian Dexandra ini. Bukan setakat produk wangian malah Dexandra Eau De Parfum juga ada Air Freshener, Body Odourless, Lotion dan juga Dexandra Twist & Spraynya.

Comments

Popular Posts