TERUS MEWANGI SEPANJANG HAYAT



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://dexandrainspiredofbeauty.blogspot.com

Cepat sangat masa berlalu.
Pejam cilik dah pun masuk bulan Ogos.
Kebetulan pulak hari ini saya offday.
Jadi bolehlah update apa yang patut kat blog wangian ini.

Sebenarnya bukan sebab saya ini suka wangian saja, tapi lebih dari itu juga. Kalau nak tahu dulu saya manalah suka sangat bau wangi-wangi ini.
Siap kalau bau wangi jer, mulalah jadi pening kepala.
Kalau terbau minyak wangi jer, confirmed jadi migrain.
Tapi tulah tak pasti saya berminat dengan wangian ini.

Seingat saya, selepas saya berpisah barulah saya ambil berat akan semua hal ini.
Yalah, sebab terlalu sibuk fikirkan anak-anak dan rumahtangga, ada masanya hal yang remeh-temeh ni memang terlepas pandang.

Permulaan suka bau minyak wangi ini, ialah masa tiba waktu raya.
Bau yang saya suka masa tu, bau yang agak lembut dan tidak terlalu keras sangat.
Jadinya tiap kali masa nak raya, saya pun sibuklah
cara bau-bau minyak wangi yang lembut dan menyenangkan.

Berwangi-wangi bukan sebab nak tarik perhatian sesiapa. Tapi hanyalah sebagai salah satu cara untuk lebih yakin menjalani kehidupan dan juga
pekerjaan yang saya lakukan sekarang.
Rasanya cara saya berwangi-wangian tidaklah terlalu keterlaluan.
Apa pun semuanya ada batasannya.

Lagipun berwangi-wangian ini juga adalah satu kewajiban apabila nak bersolat dan sebagainya.
Maka tulah sebabnya Dexandra Eau De Parfum digelar sebagai wangian kehidupan.

Alhamdulilah. 

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Comments

Popular Posts