SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 61


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://dexandrainspiredofbeauty.blogspot.com


Alhamdulilah.
Cepat sungguh masa berlalu.
Dah pun genap 61 tahun negara Malaysia tercinta merdeka.
Jujurnya tadi masa sampai dirumah, betul-betul tepat jam 12 malam.
Tapi tak de terdengar banyak sangat bunyi mercun sana dan sini.

Bunyi mercun tu ada.
Tapi taklah meriah sangat.
Apa pun tak penting bunyi mercun semua tu.

Yang penting kita ramai-ramai doakan Malaysia dan juga seluruh rakyat jelatanya.
Kita berdoa, agar Malaysia lebih maju jaya dimasa hadapan juga dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cerdik pandai di bidang akademik, bahkan pintar juga dalam soal-soal keagamaan serta kemanusiaan.

Dunia makin moden.
Dan manusia pun makin pintar untuk menilai segalanya.
Memasing-memasing sibuk mengejar kemajuan dan juga kuasa, sampai adakalanya kita makin lupa dan lalai.

Semoga dengan sambutan Hari Merdeka yang 61 tahun, kita makin merdekakan lagi diri kita sendiri.

Sampai bila masih nak harapkan bantuan, tanpa berusaha terlebih dahulu.
Keluarkan diri kita dari zon selesa dan cubalah untuk mencapai segala impian yang kita impikan selama ini.

Buat semua pembaca blog yang sudi singgah baca terbaru ini, SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 61 tahun.
Al-Fatihah buat negara MALAYSIA juga seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan juga warna kulitnya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Comments

Popular Posts