SYUKUR AKU SEPANJANG TAHUN 2017
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://dexandrainspiredofbeauty.blogspot.com
Rasa tidak puas rasanya kalau tidak menulis di blog ini. Nak tulis semua di wall fb tu, takut nanti ada pula yang bosan membacanya. Apa pun semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada yang sudi singgah membacanya.
Terlalu banyak yang telah Kak Long lalui sepanjang tahun 2017 ini. Dan tidak kurang juga yang banyak menguji kesabaran Kak Long ini.
Sebenarnya Kak Long terlibat dalam dunia perniagaan ini bukanlah pertama kali. Dah banyak kali dan berkali-kali. Semuanya asbab nak dapatkan pendapatan sampingan juga membantu suami satu masa dulu.
Dari zaman bujang berniaga kain, tudung dan macam- macam lagi. Tapi disebabkan kurang fokus, tanpa ilmu yang betul dan ada mentor yang membimbingnya semuanya terkubur begitu sahaja.
Sehinggalah satu hari, Kak Long masih ingat, akan pelawaan adik Kak Long iaitu Kak Ngah untuk temankannya ke sebuah seminar. Masa itu Kak Long tidak tahu pun, apa itu DEXANDRA dan segala hal tentangnya.
Yang masih ingat di ingatan Kak Long ialah yang adik Kak Long sedang berniaga perfume dan langsung tidak ambil tahu sejauh dan seserius mananya dia mengusahakan perniagaan ini.
Tidak ambil berat sangat. Cumanya waktu, Kak Long baru saja berjinak-jinak dalam berwangi-wangian ini. Kak Long juga yang sebenarnya dulu tidaklah minat sangat dengan perfume ini.
Tapi entah mengapa, sejak berpisah dan melalui beberapa episode kehidupan yang memperitkan, Kak Long terjatuh cinta pulak dengan perfume ini.
Dulu kalau bau minyak wangi je, mesti pening. Mungkin juga bau perfume tu terlalu kuat ataupun ada yang tidak sesuai dengan keadaan Kak Long pada masa itu.
Berbalik kepada cerita macam mana Kak Long terjatuh cinta dengan DEXANDRA dan kenali lebih rapat tentangnya.
Biasalah.
Kata orang tua-tua. Tidak kenal maka tidak cinta. Dah kenal langsung tidak lena tidur dah.
Sejak berkenalan dengan founder DEXANDRA PN ERNA NOR JULAIMI juga team EMPAYAR PERFUME GARDEN serta orang kuat dibelakangnya iaitu NORDIANA YAHYA dan juga Tn KAPTEN MOHD NOR ADHA barulah Kak Long sedar ada lagi insan yang diduga dengan satu dugaan yang maha dari Allah yang maha esa.
Apa pun mereka tetap bangkit bersemangat dan membina kembali segala perniagaan mereka. Banyak kisah-kisah mereka yang jadi sumber inspirasi Kak Long untuk terus tidak mengalah walau dalam apa jua keadaan.
Dan yang paling Kak Long tidak sangka, Lady D dan juga Tn Kapt menerima Kak Long seadanya dalam team EMPAYAR PERFUME GARDEN.
Dahlah, Kak Long ini agak berumur sikit. Lambat pulak nak belajarnya.
Sebab nak capai satu kejayaanlah Kak Long tetap berusaha dan belajar apa itu DEXANDRA dan apa yang menarik tentang produk wangiannya.
Kalau nak tahu DEXANDRA adalah salah satu produk bumiputera dan diusahakan sendiri oleh kaum bumiputera. Terdapat lebih daripada 80 jenis wangian yang sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Tua atau muda semuanya sesuai pakai wangian DEXANDRA ini.
Masa tengah tulis entri ini, ada pulak iklan DEXANDRA keluar. Macam tahu- tahu je Kak Long tengah tulis pasal DEXANDRA ini.
Berkat dari segala tunjuk ajar Lady D dan Tn Kapten dalam group whatshapp Kak Long memberanikan diri untuk menjual perfume DEXANDRA ini secara offline. Selama ini Kak Long hanya buat dan promosi secara online.
Salah satu kenangan yang paling Kak Long tidak lupa ialah, Kak Long nekad menjual perfume DEXANDRA ini secara car boat sales. Puaslah cari segala info terkini dimana tempat yang paling terkini supaya Kak Long dapat jual perfume DEXANDRA ini.
Dah disebabkan terlalu excited sangat, maka Kak Long pun minta izin dari adik Kak Long iaitu Kak Ngah untuk pinjam stoknya dan jual di car boat sale tu .
Bayangkan tanpa satu apa pun pengalaman, Kak Long main terjah je.
Hanya yang ada masa itu seingat Kak Long hanyalah cerita dan pengalaman dari jemaah EMPAYAR PERFUME GARDEN yang pernah menjual perfume DEXANDRA di car boat sale itu.
Syukurlah segalanya berjalan dengan lancar. Dari urusan ambil stok di rumah adik hinggalah ke tapak car boat sale itu sendiri.
Permulaan memang tidak ramai sangat orang. Namun bila habis sahaja waktu solat Isyak, tidak disangka ada saja orang yang singgah dan membelinya walau hanya botol yang kecil.
Hasil bercar boat sale malam itu, walau permulaan tidaklah sampai mencecah 1k, tapi rasa amat bersyukur. Yang paling termahalnya ialah pengalaman Kak Long sendiri.
Nak rasai sendiri menjual satu produk keluaran bumiputera dan berkualiti.
Kira satu pengalaman yang sangat baru bagi Kak Long.
Luar dari kebiasaan yang Kak Long selalu buat.
Sejak dari itu, Kak Long rasa ketagih pulak nak terlibat lagi dalam perniagaan yang macam itu. Hingga sanggup cari segala maklumat lagi untuk usaha masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi di daerah Kak Long iaitu UPSI.
Hasil usaha mencari segala maklumat macam mana nak masuk ke pusat pengajian tinggi itu, akhirnya ada jugak rezeki Kak Long dan juga untuk turut terlibat dalam setiap event yang pihak UPSI anjurkan.
Selama 4 hari itulah, terlalu banyak sangat kenangan pahit dan juga manisnya. Yang paling tidak sangka-sangka rupanya sambutan semua para pelajar itu tentang wangian DEXANDRA sangatlah mengalakkan.
Itulah kenangan yang paling terindah dan paling Kak Long syukuri. Jika tanpa nasihat dan juga tunjuk ajar Lady D dan juga Tn Kapt, tidak mungkin Kak Long dapat melakukannya.
Untuk tahun 2018 ini, Kak Long berdoa agar Kak Long akan terlibat dalam lebih banyak event dan apa saja perniagaan agar dapat Kak Long pasarkan secara lebih meluas tentang produk DEXANDRA dan juga kelebihan produk ini.
Insha Allah.
Buat pengasas DEXANDRA PN ERNA JULAIMI juga LADY D dan Tn KAPTEN
terima kasih tidak terhingga dan hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan anda semua.
Juga semoga rezeki senantiasa melimpah ruah dan tanpa hentinya.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Comments
Post a Comment