SATU PENGORBANAN
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com
Rasa sunyi betul malam minggu ini.
Apa pun syukur juga kepada Allah kerana telah dapat atasi semua dugaan.
Dugaan??
Memang tidak akan pernah sepi dari hidup saya ini.
Bukan nak merungut, malah bersyukur sangat-sangat kerana Allah senantiasa nak uji kekuatan diri saya.
Sebenarnya masa tulis entri ini, saya bakal berhadapan dengan masalah yang agak besar.
Apa pun, saya percaya dan yakin yang Allah sedang mengatur sesuatu yang baik untuk saya dan anak-anak.
Makin anak-anak membesar, mereka semakin bijak mengatur dan beri pandangan memasing.
Yalah! Dah besar kan.
Jadi adalah pendapatnya yang tersendiri.
Selalunya sebagai ibubapa kita selalu jadi manusia yang ego.
Selalu kita fikir yang dah buat yang terbaik untuk anak-anak.
Tapi ada masanya tidak selalu.
Dan itulah yang berlaku dalam hidup saya ketika ini.
Bergelar seorang ibu tunggal, bukanlah satu bebanan, tapi satu rahmat.
Rahmat dan juga peluang saya untuk perbaiki diri bukan untuk dunia tapi untuk tempah bonus di akhirat kelak.
Saya secara jujurnya sangat bersyukur dikurniakan oleh Allah dua anak yang sangat memahami.
Seorang lelaki dan juga perempuan.
Mereka anugerah Allah yang tiada bandingannya didunia ini.
Allah ambil anak perempuan saya, tapi dia beri lagi dua anak lelaki dan juga perempuan yang sangat-sangat bijak.
Kira sepasanglah itu.
Cukup lengkap pada pandangan mata, walau ada kelemahannya .
Bercakap pasal si abang yang saya beri namanya Muhammad Aiman Hakimi, dia anak yang terlalu pandai berdikari.
Bukan nak puji anak sendiri, tapi jujur saya banyak belajar daripadanya.
Dilahirkan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan sekarang dah genap 18 tahun umurnya.
Masa kecil, punyalah debab dan montel. Mujur jugaklah sekarang dan kurus dan tinggi.
Sejak saya berpisah, jujur anak-anaklah kekuatan saya yang paling utama. Sebab mereka jugaklah saya tidak gentar dengan apa saja dugaan.
Anak yang lelaki ini, sejak umurnya 14 tahun dah pandai hidup berdikari .
Almaklumlah, atas beberapa sebab kewangan menjadi masalah dan dia kadangkala tidak mahu menyusahkan saya sebagai ibunya.
Asalnya saya hanya bertanya jika dia minat nak bekerja partime, tapi tidak sangka pula dia berminat. Sejak dari hari itu sehinggalah sekarang walau sudah melanjutkan pelajaran hingga ke IPT, dia tetap akan bekerja partime setiap kali cuti semester.
Agak terharu jugak saya dibuatnya.
Kadang rasa tidak banyak yang saya dapat lakukan sebagai seorang ibu.
Lagi yang buatkan saya terharu ialah masa memula membayar yuran pendaftaran dahulu, duit yang digunakan adalah hasil dia bekerja partime sementara menunggu keputusan SPM yang lepas.
Agak terkejut sangat. Dan tidak sangka apa yang dikata pada saya dahulu, benar-benar dilakukan.
Alhamdulilah. Kini anak bujang tersayang sedang melanjutkan pelajarannya di Politeknik Semanbu Kuatan dalam jurusan Elektrik dan Elektronik.
Dia kini sedang menghadapi peperiksaan semester dan bakal berakhir pada hari Rabu nanti.
Dan setelah itu akan bercuti selama sebulan dan kembali sambung belajar semula pada bulan 12 dalam semestar ke 2.
Apa pun saya berdoa, dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dan juga dengan adiknya dalam peperiksaan UPSR nanti.
Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Aamiin.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Comments
Post a Comment