DEXANDRA WANGIAN YANG MENYENANGKAN
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://dexandrainspiredofbeauty.blogspot.com
Alhamdulilah. Bersyukur atas segala rahmat Allah. Syukur Allah masih memberi peluang untuk bernafas lagi hari ini. Dan secara kebetulan bertahun juga berusaha untuk membina satu lagi blog khusus untuk wangian kehidupan ini.
Nak dijadikan cerita, dulu agak kurang berminat dengan apa saja minyak wangi. Kadang kalau terbau sedikit saja, mulalah dah pening kepala. Yang paling buruk lagi siap terkena migrain lagi. Apa-apa entah macam mana semuanya berubah apabila saya terbau satu minyak wangi yang lembut dan menyegarkan.
Perlahan-lahan rasa kurang berminat kepada minyak wangi itu beransur-ansur berubah. Saya berusaha menghapuskan rasa ketakutan dan dapat hilangkan pening kepala sedikit demi sedikit.
Masa itu, secara jujur mana mampu nak beli minyak wangi yang mahal-mahal. Ada pula yang harganya ratusan ringgit. Ada juga beberapa jenama yang lain. Namun wangiannya tidak kekal lama.
Kalau minyak wangi yang boleh terus dibawa bersolat ialah beberapa jenis minyak wangi yang lain. Bau yang terlalu kuat itu akan terus membuatkan saya pening kepala. Hampir beberapa tahun lamanya barulah wujud perfume DEXANDRA ini.
Nak dijadikan cerita adik saya telah lama berniaga minyak wangi jenama DEXANDRA ini. Namun masa itu saya belum terbuka hati ingin ketahui lebih lanjut apa yang menariknya tentang perfume DEXANDRA ini. Sehinggalah satu masa itu, saya sibuk mencari wangian yang saya suka didalam jenama DEXANDRA.
Tidak sangka semua wangian yang selama ini saya cari ada dalam perfume DEXANDRA. Dengan ciri-cirinya seperti tahan lama sehingga lebih dari 8 jam, senang dibawa ke mana saja , boleh terus dibawa bersolat, terus membuatkan saya jatuh cinta dengan perfume DEXANDRA yang menawan ini.
Wangiannya yang mampu membuatkan saya rasa lebih tenang , segar dan dapat memberikan lebih keyakinan untuk menjalankan segala aktiviti seharian. Sejak dari itu, saya tiada masalah lagi tentang pening kepala atau sukar mendapatkan wangian kegemaran saya. Kira saya dah jatuh cinta pandang pertamalah dengan DEXANDRA.
Kini saya yakin dengan DEXANDRA, saya akan dapat memberikan lebih terbaik buat semua insan-insan kesayangan saya.
Insha Allah.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik



Comments
Post a Comment